Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Buruh maut motosikal rempuh lori tangki minyak sawit

motorlori

BELURAN: Seorang buruh maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah lori tangki minyak sawit di Kilometer 40, Jalan Beluran-Telupid, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superitendan Sivanathan Velautham berkata akibat rempuhan dalam kejadian 10.15 pagi itu, Sabrul Sabang, 18, terhumban ke kanan jalan dan disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Beluran.

Buruh sebuah kilang memproses minyak kelapa dekat sini itu dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu merempuh bahagian kanan hadapan lori tersebut, katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pemandu lori berusia 52 tahun tidak mengalami kecederaan.

Komen


Berita Berkaitan