Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Buruh kasar mengaku tidak bersalah memiliki senjata berbahaya

5:57pm 17/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 23 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang buruh kasar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini atas kesalahan memiliki sebilah pisau.

Frazier Nasil, 38 didakwa telah memiliki senjata berbahaya berbentuk pisau sepanjang 8 inci di Kg Sembulan Lama, pada 14 Disember, tahun ini, pada jam 4.40 pm.

Mengikut pertuduhan, Frazier didakwa dibawah Seksyen 6(1)(a) Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu, jika disabitkan kesalahan.

Majistret Stephanie Sherron Abbie telah menetapkan jaminan sebanyak RM 2,000 dengan deposit sebanyak RM 1,000 beserta dua orang penjamin tempatan.

Mahkamah juga menetapkan tarikh 13 Januari, tahun hadapan untuk pengurusan kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan