Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Buruh dipenjara, didenda berkelakuan tidak senonoh dan mabuk

4:46pm 26/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 35 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang pekerja buruh di hukum penjara selama 14 hari dan didenda RM 25 atau tiga hari penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh dan mabuk.

Kurius Odol,37 yang dibawa ke hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengaku melakukan kesalahan tersebut di tepi jalan masuk simpang ke Klinik Penampang, pada jam 12.20 pagi, 21 Februari lalu.

Kurius dihukum dibawah Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah 1953 yang memperuntukkan hukuman denda sebanyak RM 25 dan penjara selama 14 hari.

Berdasarkan fakta kes, pihak polis menerima satu panggilan daripada orang awam yang mengatakan tertuduh berada dalam keadaan mabuk dan memegang sebilah parang. Setibanya di kawasan kejadian, tertuduh menghalakan parang tersebut kearah polis yang bertugas. Pihak polis berjaya merampas parang dan sarung parang tersebut daripada tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan