Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BURUH BINAAN PATAH TANGAN, KAKI DALAM KEMALANGAN DI JALAN KUHARA, TAWAU

Motosikal mangsa di atas jalanraya selepas berlanggar dengan kenderaan jenis Toyota Fortuner di Jalan Kuhara, semalam. – Gambar SNT / Ehsan IPD Tawau

TAWAU: Pekerja buruh binaan patah tangan dan kaki kiri apabila motosikal ditungganginya berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner di Jalan Kuhara di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pukul 7 malam itu, pemandu Fortuner tersebut secara tiba-tiba datang dari arah bertentang lalu membelok untuk masuk ke simpang Jalan Jabatan Haiwan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan itu.

Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, mangsa dikenali sebagai Ady Sakka, 30, cedera anggota badan dalam kemalangan itu manakala pemandu Fortuner yang juga seorang pegawai kanan jabatan kerajaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kenderaan jenis Toyota Fortuner yang terlibat dalam kemalangan dengan motorsikal di Jalan Kuhara, semalam. – Gambat SNT / Ehsan IPD Tawau

Menurut Fadil, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah lampu isyarat Jalan Tengku Osman menghala ke arah bulatan Jalan Kuhara/Air Panas gagal membelok motosikalnya untuk mengelak Toyota berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca ekoran pemandu Toyota cuai ketika memasuki simpang di sebelah kanan jalan lalu dilanggar oleh motosikal dari arah bertentangan.

“Dalam kejadian itu, kenderaan tersebut mengalami kerosakan di bahagian tepi sebelah kiri manakala motosikal rosak di bahagian hadapn,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan