Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Buruh bakal sambut Aidilfitri dalam penjara

penjara

IPOH – Seorang buruh bakal menyambut Aidilfitri di penjara selepas mahkamah tinggi di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun setelah didapati bersalah menyebabkan kematian seorang wanita sehingga dibiarkan reput dalam sebuah kebun jagung berhampiran Kampung Tawas, tahun lalu.

 

Mior Sharul Nizam Mior Khas, 45, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Sebelum ini, dia didakwa mengikut Seksyen 302 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori berbanding hukuman penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh tanpa niat.

Pesuruhjaya Kehakiman, Noorin Badarudin memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditangkap pada Januari 2013.

Noorin dalam penghakimannya berkata, mahkamah perlu mempertimbangkan faktor kepentingan awam dalam menjatuhkan hukuman walaupun tertuduh telah menjimatkan masa mahkamah dengan mengaku bersalah.

“Tertuduh bertindak di luar batasan kemanusiaan menyebabkan kematian kepada seorang isteri dan ibu. Tertuduh hilang pertimbangan dengan hentak bertubi-tubi dengan menggunakan objek tumpul dan keras berdasarkan laporan bedah siasat,” katanya.

Mior Sharul Nizam mengaku bersalah menyebabkan kematian Nur Amrah Ahmad, 44, di Taman Bertuah dekat sini, antara jam 12 malam hingga 4 pagi pada 10 Januari 2013.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan pendakwa raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala tertuduh diwakili peguam, V Santhiran.

Akhbar sebelum ini melaporkan mangsa, Nor Amrah hilang pada 9 Januari 2013 ketika keluar bekerja di kilang sarung tangan sebelum mayatnya dijumpai di kebun terbabit kira-kira lima hari kemudian.

Suami mangsa yang berusia 49 tahun telah mengecam mangsa yang mempunyai kesan parut di bahagian siku dan peha pada 18 Januari 2013.

Komen


Berita Berkaitan