Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Burger King perkenal 4 burger baharu

Pengarah operasi Burger King bersama pekerjanya Gambar diambil oleh Vesta
Pengarah operasi Burger King (tiga dari kiri) bergambar bersama pekerja sempena memperkenalkan burger baharu. – Foto Vesta Vanessa Jsol

 

KOTA KINABALU – Syarikat rangkaian perniagaan makanan terkemuka, Burger King memperkenalkan empat lagi menu burger baharu mereka bagi memenuhi selera penggemar makanan itu.

Pengarah Operasinya, Goh De No berkata, burger baharu yang diperkenalkan mulai hari ini ialah Burger Delux Beef, Burger Ninja Beef, Burger Deluxe Chicken dan Burger Ninja Chicken.

“Menurutnya burger terbaharu itu mempunyai keistemewaan tersendiri kerana menggunakan Choroal Bun, ditambah dengan sos Teriyaki dan Caramelised Onions yang menambah kelazatan burger tersebut,” katanya kepada pemberita ketika pelancaran menu burger baharu itu di Burger King Centre Point, di sini hari ini.

Promosi burger itu turut diadakan selama enam minggu bermula 6 Mac sehingga hujung April ini.

Dalam pada itu, De No menambah, sebuah lagi cawangan Burger King akan dibuka di pusat membeli-belah Imago dalam masa terdekat ini.
– oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan