Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Buras antara juadah istimewa Aidilfitri di Sabah

Setiap kali Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, makanan tradisi seperti ketupat, lemang atau dodol sudah menjadi kemestian bagi masyarakat Melayu di Semenanjung.

Sambutan hari kebesaran Islam itu bagaikan tidak lengkap tanpa adanya hidangan tradisi berkenaan.

Bagaimanapun bagi masyarakat Melayu berketurunan Bugis di Sabah, mereka mempunyai makanan tradisi tersendiri bagi melengkapkan sambutan hari kebesaran itu.

Dikenali sebagai buras, makanan tradisi yang dihasilkan menggunakan berasm dan beras pulut itu perlu dikukus untuk tempoh lama, sekurang-kurangnya 5 jam.

Kebiasaannya, buras akan dimakan bersama ayam masak lengkuas ataupun sup ayam.

Hidangan tradisional masyarakat Bugis itu sama seperti dengan ketupat, lemang atau dodol yang memerlukan ketekunan dan kesabaran dalam menyediakannya.

Seorang pembuat buras berkata, cara menyediakan buras sebenarnya tidak rumit seperti digembar-gemburkan banyak pihak.

”Bagaimanapun ia memerlukan sedikit ketekunan, kesabaran dan kemahiran khususnya untuk mengikat buras tersebut,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Petagas dekat sini ini.

Katanya, penyediaan buras bermula dengan beras dibersihkan sebelum dikukus sampai setengah matang.

Kemudian katanya, beras tersebut dicampurkan sedikit santan, garam dan dibiarkan sehingga santan tersebut serap sepenuhnya bersama gaulan beras berkenaan.

”Selepas itu ia akan dibungkus dalam daun pisang dan dikemaskan sebelum diikat keseluruhan buras berkenaan. Selepas itu ia perlu dikukus selama empat hingga enam jam,” katanya.

Beliau menambah, buras sudah masak jika daun pisang tersebut sudah berubah warna sekata dan berminyak.

”Biasanya ia boleh dimakan terus tetapi lebih enak jika dihidangkan bersama masakan ayam masak lengkuas.

Ayam masak Lengkuas atau Ayam masak Likku

 

Saya berkata, keistimewaan buras adalah kerana ia mudah disediakan dengan menggunakan bahan yang mudah diperoleh seperti daun pisang, beras pulut dan santan.

”Cuma cara mengikat buras itu mengambil masa kerana ia perlu dilakukan dengan teliti, takut jika ikatan tersebut tidak kuat, akan mengakibatkan buras terburai atau rosak ketika dikukus,” katanya.

Tambahnya, dulu memasak buras ibarat satu pesta.

”Dahulu di kampung, penduduk terutama ahli keluarga akan bergotong-royong membuat buras, bermula awal pagi hinggalah pada pagi raya.

”Masing-masing menjalankan tugas yang ditetapkan. Kaum wanita akan membuat adunan serta rempah ratusnya manakala lelaki pula akan memasak buras berkenaan.

”Sepanjang tempoh menanti buras ini masak, ia akan dipenuhi dengan pelbagai cerita ahli keluarga yang kebiasaannya berhimpun sekali atau dua kali setahun.

”Secara tidak langsung, memasak buras pada zaman dahulu boleh meningkatkan hubungan kekeluargaan,” ceritanya.

Bagaimanapun ibu kepada lima anak itu berkata, suasana itu sudah hilang ditelan arus pembangunan dan kemodenan malah generasi muda hari ini pun banyak yang tidak tahu menghasilkan buras.

”Dahulu buras dimasak menggunakan periuk besar yang boleh memuatkan beratus ikat buras tetapi hari ini ia dimasak bersendirian,” ujarnya.

 

Komen


Berita Berkaitan