Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bunuh pegawai AmBank La Ode Ardi dihukum gantung

la oder2

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas pengawal keselamatan AmBank Subang Jaya, La Ode Ardi Rasila setelah didapati bersalah membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir turut memerintahkan tertuduh dihukum mati setelah didapati bersalah atas tuduhan melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun dengan niat menyebabkan kematian kepada pegawai AmBank itu pada tahun yang sama.

Beliau memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan yang diwakili Ketua Unit Pendakwaan Selangor, Mohd. Azari Harun dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Asyraf Md. Kamal berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Dalam kes itu, La Ode, 37, didakwa membunuh Norazita, 37, di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara pukul 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.

Komen


Berita Berkaitan