Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bunuh, kerat mayat rakan sering pinjam wang

9:51am 01/11/2016 Pak Roshan 23 views Global
ANGGOTA polis membuat siasatan di sebuah rumah di Cipayung, lokasi mayat mangsa ditanam. - Detik.com

ANGGOTA polis membuat siasatan di sebuah rumah di Cipayung, lokasi mayat mangsa ditanam. – Detik.com

Jakarta: Seorang lelaki yang berang selepas rakannya sering meminjam wang bertindak memukul mangsa dengan batang besi hingga mati.

Lebih kejam lagi, suspek berusia 41 tahun tahun itu turut memotong mayat mangsa sebelum menanamnya di dalam sebuah bilik di rumah sewanya di sini.

Jurucakap polis Dedi Wahyudi berkata, kejadian berlaku 24 Oktober lalu di sebuah rumah di Bekasi apabila mangsa, Sopyan Lubis, 43, mahu meminjam wang daripada suspek.

“Kerana berang ekoran Sopyan sering meminjam wang, suspek bertindak memukul mangsa dengan sebatang besi hingga mati,” katanya.

Menurutnya, kerana panik, suspek meminta bantuan seorang rakannya untuk membawa mayat Sopyan ke sebuah rumah sewa di Cipayung.

“Sampai di rumah itu, kedua-dua suspek menggali lubang di sebuah bilik sebelum meletakkan mayat mangsa yang dipotong di dalamnya.

“Mereka kemudiannya menimbus lubang itu dengan simen bagi menutup perbuatan itu,” jelasnya.

Menurutnya, perbuatan lelaki itu terbongkar kelmarin selepas isteri seorang suspek curiga dengan perbuatan mereka dan membuat laporan polis. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan