Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bunuh, kerat kekasih kerana tidak perawan

Taipei: Seorang peninju amatur bertindak membunuh teman wanitanya sebelum mengerat mayat mangsa kepada beberapa bahagian selepas wanita itu menipu dia masih perawan dan curang dengan lelaki lain.

Satu rakaman kamera keselamatan yang tular menunjukkan detik-detik akhir mangsa, Yee-min Huang, 27, bersama suspek, Gary Chu, 28, menaiki tangga menuju ke apartmen lelaki itu yang terletak di daerah Banqiao.

Mangsa dipercayai dibunuh di kediaman itu sebelum mayatnya dipotong dan diletakkan di dalam tujuh beg sampah sebelum ditanam.

Mayat wanita itu ditemui ditanam di bawah pokok bunga pada 27 Mei lalu selepas dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Sehari selepas itu, polis menemui mayat Gary dalam keadaan tergantung di atas sebatang pokok tidak jauh dari rumahnya.

Polis juga menemui satu nota bunuh diri pada mayat Gary yang bertulis, “Dia bersalah pada saya.”

Sebelum mayatnya ditemui, Gary sempat menulis di Facebook memberitahu dia kecewa dengan Yee-min selepas wanita itu menipu dia masih dara dan curang dengan lelaki lain.

“Kami bertemu di laman mencari jodoh, Tinder. Dia menipu dengan memberitahu dia masih dara. Saya rasa terpedaya dan dikhianati selepas mengetahui dia menipu serta curang dengan lelaki lain yang ditemuinya di Tinder,” katanya. – Agensi/HMetro

Gambar kiri, Gary Chu dan Yee-min Huang. – Asia Wire
Tujuh beg plastik sampah yang mengandungi bahagian badan mangsa yang ditemui ditanam di bawah pokok bunga. – Asia Wire

Komen


Berita Berkaitan