Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bunuh kerana tidak tahan diejek

NAJALUDIN dirawat di sebuah hospital selepas ditembak ketika cuba melarikan diri daripada polis.
NAJALUDIN dirawat di sebuah hospital selepas ditembak ketika cuba melarikan diri daripada polis.

Pekanbaru: Akibat tidak tahan diejek, seorang buruh menetak leher rakannya hingga mati dalam satu kejadian di sebuah asrama pekerja di sini semalam.

Jurucakap polis, M Bahari Abdi berkata, kejadian berlaku pada jam 4 pagi (waktu tempatan) apabila suspek, Najaludin, 50, menetak belakang leher rakannya, Agustian Hutasohit, 24, yang sedang tidur.

Katanya, selepas membunuh mangsa suspek terus melarikan diri.

“Mayat mangsa yang berlumuran darah dijumpai seorang pekerja pada jam 7.30 pagi (waktu tempatan) sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa jam melarikan diri polis mengesan Najaludin bersembunyi di sebuah rumah rakannya di sini.

“Suspek cuba melarikan diri ketika kediaman berkenaan diserbu menyebabkan polis terpaksa menembak di bahagian kakinya.

“Lelaki itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil,” jelasnya.

Menurutnya, ketika soal siasat, suspek mengaku membunuh Agustian kerana tidak tahan sering diejek dengan kata-kata kesat oleh mangsa.

“Suspek mengaku motif pembunuhan kerana sakit hati akibat sering diejek mangsa,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan