Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bunuh kerana meludah

ANGGOTA polis menahan suspek yang menikam mati seorang pemotong rumput warga Indonesia di belakang tandas awam, Taman Awam Muhibbah, Jalan Utara, di Tawau. – Foto ihsan PDRM

 

TAWAU: Pengawal keselamatan yang disyaki menikam mati seorang pemotong rumput warga Indonesia di belakang tandas awam, Taman Awam Muhibbah, Jalan Utara, di sini, semalam, ditahan polis tengah malam tadi.

Suspek yang juga warga Indonesia berumur 49 tahun itu ditahan di sebuah rumah tidak bernombor, di Kampung Belacan, Batu 5, Jalan Apas, di sini, pada jam 12.50 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata berdasarkan siasatan, motif kejadian disebabkan rasa dendam suspek terhadap mangsa yang meludah di hadapannya ketika dia menegur mangsa yang lewat tiba di tempat kerja.

“Sehari sebelum kejadian, suspek menegur mangsa kerana lewat datang ke tempat kerja. Mangsa kemudian meludah di hadapan suspek dan tidak mengendahkan tegurannya.

“Suspek turut mengaku merancang untuk membunuh mangsa pada hari kejadian dengan membawa pisau ke tempat kerja,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Fadil berkata, barang kes seperti pisau dan baju yang digunakan ketika kejadian belum ditemui berikutan suspek dalam keadaan mabuk ketika ditahan.

“Suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam, Sarif Pance, 52, ditemui mati dengan kesan tikaman pada dada.

Seorang penyelia pembersihan yang juga saksi kejadian melihat suspek menikam mangsa beberapa kali pada dada menggunakan pisau. –¬†Oleh Nasrawati Syarifuddin/BH Online

Komen


Berita Berkaitan