Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bunuh, jamah jantung

AKTERINA bersama dua anaknya, Gambar kecil, pisau digunakan untuk membunuh dan memgerat mangsa. – FOTO east2west news

 

Moscow: Seorang lelaki ditahan kerana membunuh rakannya sebelum memasak dan menjamah jantung serta paru-paru mangsa.

Alexey Yastrebov, 35, menikam mati Ekaterina Nikiforova, 27, di leher sebelum mengerat halkum mangsa seterusnya mengeluarkan jantung serta paru-paru kiri wanita itu yang dimasak di dapur rumahnya di Krasnoyarsk.

Dia kemudian menghubungi tuan rumahnya, Zhanna Avdeeva, 31, mengakui perbuatannya dan memintanya menghubungi polis serta ambulans sambil berkata: “Saya bergelumang darah, ada mayat di sebelah saya.”

Apabila paramedik tiba di situ, dia selamba memberitahu mereka jantung mangsa sedang dimasak.

Yastrebov dilaporkan cuba membunuh diri dengan menikam lehernya menggunakan gunting tetapi gagal.

Mangsa ibu tunggal yang mempunyai dua anak perempuan berusia tujuh serta tiga tahun.

Avdeeva berkata, dia tidak sanggup melihat keadaan mangsa yang mengerikan.

“Mayat wanita itu hanya terbaring, dadanya pula dibelah, manakala lehernya dikelar. Halkumnya turut dikerat. Saya tidak sanggup melihat semua ini.

“Lebih mengejutkan, ia berlaku di dalam apartmen saya. Kejadian ini umpama mimpi ngeri.

“Semua orang akan tahu mengenai perkara ini, semua jiran akan tahu. Kini saya perlu memanggil paderi untuk ‘membersihkan’ rumah ini,” katanya.

Yastrebov kini ditempatkan wad rawatan rapi hospital di bawah pengawasan polis. – DailyMail/HMetro

Komen


Berita Berkaitan