Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BUNUH ISTERI, DOKTOR DIJATUHI HUKUMAN MATI

dohtor

KUALA LUMPUR: Seorang doktor dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh isterinya tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu selepas mendapati Dr Jitweer Songh Ojagar, 60 tahun gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadapnkes pendakwaan.

Asmabi berkata keterangan pembelaan bahawa mangsa Shento Kaus Jaswant Singh, 46 meninggal dunia akibat ‘positional asphyxia’ merupakan keterangan yang difikirkan kemudian.

Hakim juga berkata teori bahawa si mati meninggal dunia disebabkan kekurangan oksigen berikutan kepalanya yangbsenget pada kedudukan tertentu tidak pernah dibangkitkan diperingkat kes pendakwaan yang berlanjutan selama duabtahun pada 2008.

“Sayan jatuhi hukuman gantung di leher sehingga mati terhadap kamu. Kamu mempunyai hak untuk merayu. Jika saya terkhilaf, Mahkamah Rayuan boleh meminda keputusan saya. Saya membuat penghakiman ininsebaik-baiknya berdasarkan keterangan yang dikemukakan kepada saya,” katanya.

Asmabi membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan selepas mendengar keterangan enam saksi pembelaan termasuk tertuduh.

Dr Jitweer diwakili peguam Sangeet Kaur Deo manakala Timbalan Pendakwaraya Wan Zuraida Wan Nawan mewakiki pendakwaan.

 

Komen


Berita Berkaitan