Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bunuh ibu bapa, anak perempuan

Antara mangsa yang cedera. – Agensi

 

Beijing: Seorang lelaki mengamuk menikam hingga mati ibu bapa dan anak perempuannya sebelum menyerang enam orang awam ketika cuba melarikan diri di wilayah Sichuan, China, kelmarin.

Suspek dikenali sebagai Chen itu menyerang dan membunuh ibu bapa serta anak perempuannya selepas berlaku pertelingkahan di rumah mereka.

Dia kemudian cuba melarikan diri, namun kereta dipandunya bertembung dengan kenderaan lain.

Media China melaporkan, menurut jurucakap polis daerah Lezhi, punca pertengkaran belum diketahui, namun selepas terbabit dalam kemalangan, lelaki berkenaan terus mengamuk dan menyerang orang awam dengan senjata tajam, menyebabkan enam cedera.

POLIS menyoal siasat lelaki yang membunuh ibu, bapa dan anaknya serta mencederakan enam lagi. – Agensi

Semua mangsa dirawat di hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Menurut South China Morning post, gambar yang dirakam orang ramai menunjukkan beberapa mangsa berlumuran darah serta anggota paramedik membantu mereka.

Antara yang cedera ialah penumpang bas, termasuk wanita yang dalam perjalanan dari bandar Tuqiao di Sichuan ke bandar raya Chengdu.

Menurut polis, lelaki itu sudah ditahan dan siasatan dijalankan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan