Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bunuh diri dalam mahkamah kecewa dipenjara

9:22am 18/06/2016 Pak Roshan 1178 views Global
Tyrel Martin Marhanka, 41, yang menyeludup masuk gunting ke dalam mahkamah, dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. - Foto Apple Daily

Tyrel Martin Marhanka, 41, yang menyeludup masuk gunting ke dalam mahkamah, dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. – Foto Apple Daily

Beijing: Kecewa dijatuhkan hukuman penjara empat tahun kerana kesalahan berkaitan dadah, seorang lelaki Amerika Syarikat membunuh diri dengan menikam lehernya menggunakan gunting dalam mahkamah di Taiwan, semalam.

Tyrel Martin Marhanka, 41, dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut kenyataan Mahkamah Daerah Changhua, Marhanka didapati bersalah Mac lalu, kerana menanam lebih 200 pokok ganja, 195 pokok ganja kering dan 10 bunga poppie (untuk menghasilkan candu) di rumah disewanya di Changhua, tengah Taiwan.

Central News Agency (CNA) Taiwan melaporkan, Marhanka yang mengajar bahasa Inggeris dan tinggal di Changhua sejak 15 tahun lalu, bersama isterinya dari Taiwan serta dua anak, memberitahu polis dia menanam pokok itu untuk kegunaan sendiri.

Menurut kenyataan itu, Marhanka menyeludup masuk gunting dengan menyoroknya dalam majalah menyebabkan alat pengesan logam gagal mengesannya.

Mahkamah itu yang menyatakan kekesalan dengan kematian Marhanka, akan memasang dua mesin sinar-X. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan