Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bunuh Budak Akibat Kebosanan

bunuhkanak2

China – Kematian seorang budak lelaki berusia lapan tahun, Zhang Tai, dalam keadaan tragis akibat dipukul sekumpulan 11 budak berusia sembilan dan 13 tahun, mengejutkan penduduk di negara ini.

Tai, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk akibat dibelasah budak-budak terbabit, yang kemudiannya mengaku kepada polis, mereka melakukan perbuatan berkenaan kerana kebosanan.

Selepas membelasah Tai, mereka membiarkan dia di tepi jalan. Tai dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.

Menurut polis, idea memukul Tai dicadangkan oleh ketua kumpulan budak-budak berkenaan.

Dalam pada itu datuk Tai, Zhang Kuo, 67, berkata, cucunya itu sering menjadi mangsa buli budak-budak berkenaan kerana dia enggan mengikut telunjuk mereka.

“Saya diberitahu oleh seorang budak bahawa Tai mengikut budak-budak berkenaan selepas mereka berjanji tidak akan memukulnya lagi.

Komen


Berita Berkaitan