Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,806

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bunuh budak 6 tahun

9:43am 08/11/2015 Pak Roshan 22 views Global
GREENHOUSE & STAFFORD

GREENHOUSE & STAFFORD

Chicago: Dua pegawai polis didakwa atas tuduhan bunuh dan cubaan membunuh selepas menembak mati seorang budak lelaki berusia enam tahun, minggu lalu.

Jeremy Mardis, terbunuh selepas kereta dipandu ayahnya ditembak dua Marshal, Norris Greenhouse serta Derric Stafford. Ayahnya Christ Few yang memandu kenderaan itu turut mengalami cedera parah.

Greenhouse dan Stafford digantung tugas selepas kejadian kejar-mengejar Selasa lalu itu.

Mangsa dilaporkan ditembak beberapa kali.

Ketua Polis Louisiana, Kolonel Michael Edmonson berkata kejadian itu tidak sepatutnya berlaku.

“Saya melihat rakaman video kejadian dan ia memang menyayat hati. Saya tidak dapat menggambarkan perasaan selepas melihatnya,” katanya.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan