Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bunuh bapa guna penyepit makanan

8:59am 17/06/2016 Pak Roshan 429 views Global
gambar hiasan

gambar hiasan

Tokyo: Seorang lelaki membunuh bapanya dengan menikam leher mangsa menggunakan kayu penyepit makanan sepanjang 30 sentimeter selepas berlaku pertengkaran di rumah mereka di Osaka, malam tadi.

Michikazu Ikeuchi, 51, yang ditahan polis hari ini, memberitahu dia cuba menghentikan pergaduhan ibu bapanya dan tidak berniat membunuh mangsa.

Menurut polis, lelaki itu mendakwa dia menghayunkan penyepit makanan itu di depan bapanya ketika dalam keadaan marah apabila kayu penyepit berkenaan tertikam leher bapanya yang berusia 80 tahun.

Ikeuchi yang tinggal bersama ibu bapa dan keluarga adiknya, menghubungi ambulans selepas menikam bapanya itu. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan