Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bunuh Anak Kerana Malu Anak Mempunyai Telinga Besar

bunuh anak

Turki – Hanya kerana anak lelakinya mempunyai telinga yang besar, seorang wanita tergamak membunuh budak lelaki berkenaan dalam satu kejadian pembunuhan yang mengejutkan penduduk di Turki.

Wanita itu, Nuray Sacan, 37, telah mencekik anaknya yang berusia 10 tahun itu dengan skaf di dalam bilik air wanita di Hospital Gazi, selepas budak itu menjalani pembedahan kosmetik.

Dia berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan pembedahan berkenaan yang menjadikan telinga anaknya lebih besar.

Wanita kejam ini ditangkap selepas kereta yang dipandunya merempuh kenderaan lain ketika cuba melarikan diri dari hospital.

“Kedua-dua telinganya menjadi lebih besar selepas pembedahan berkenaan.

“Dia menjadi sangat hodoh. Dia akan berasa malu di depan kawan-kawannya jadi apa yang saya lakukan ini dapat menyelamatkan anak saya daripada dimalukan seumur hidupnya,’’ katanya ketika mengaku melakukan perbuatan jenayah berkenaan.

Dalam pada itu doktor yang melakukan pembedahan tersebut, Dr Metin Yilmaz berkata, pembedahan itu sangat mudah dan ia berjaya dijalankan.

“Budak itu dibenarkan pulang dan tidak timbul sebarang isu selepas pembedahan tersebut,’’ katanya.

Komen


Berita Berkaitan