Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bungsu: Masyarakat perlu mengetengahkan budaya ilmu dalam kehidupan seharian

9:53pm 16/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 30 views i-Muslim,Tempatan
Datuk Yeo Boon Hai dan Ustaz Bungsu bersama-sama masyarakat setempat membuat perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul . Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Datuk Yeo Boon Hai dan Ustaz Bungsu bersama-sama masyarakat setempat membuat perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul . Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Masyarakat perlu mengetengahkan budaya ilmu dan tidak terbatas kepada program akademik yang formal semata-mata, kata Mufti kerajaan negeri Sabah, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Hj Jaafar.

Menurut beliau, usaha sebegini bertujuan untuk mengupayakan generasi muda pada hari ini agar dapat menjadikan pemikiran inovatif sebagai budaya bagi meningkatkan lagi daya saing, sekaligus membangunkan taraf hidup rakyat demi kesejahteraan umat dan negara ini.

“Tidak dinafikan, bahawa rakyat menaruh harapan yang tinggi terhadap tuntutan pembangunan. Namun demikian, kita perlu realistik bahawa pembangunan yang dilaksanakan bukanlah bermaksud untuk menghadirkan keajaiban. Biar sebesar mana sekalipun dana yang dibelanjakan, kita perlu fokus kepada perjuangan berorientasikan kehendak dan keperluan sebenar rakyat majoriti.

“Sudah tentunya modal insan yang berkualiti menjadi elemen penting kerana tanpa rakyat yang berkualiti dan cemerlang, negara akan menjadi lemah. Hasrat ini diharapkan dapat dihayati oleh setiap rakyat supaya sedar akan harapan yang disandarkankepada diri masing – masing dalam mengupayakan tertegaknya sebuah negara bangsa yang ‘Baldatun Toyyibah Wa Rabbun Ghafur'”, katanya.

Teks ucapan tersebut telah dibaca oleh Timbalan Mufti Negeri Sabah, Hamdani Omar di majlis pelancaran Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bandaraya Kota kinabalu 1437H/2015M di Masjid Al-Kauthar, Kg Tanjung Aru Lama, di sini, hari ini.

Disamping itu, beliau juga menyeru kepada semua umat Islam di negeri ini agar gunakan kebijaksanaan dan kewarasan fikiran dalam menapis serta menangkis dakwaan-dakwaan liar pihak-pihak yang berkepentingan supaya tidak terjebak dengan agenda peribadi mereka.

“Sesungguhnya umat Islam sudah memiliki arah pandu yang jelas sama ada melalui ajaran Al-Quran dan Al-Hadis, bahkan dari jejak – jejak hidup Rasulullah SAW sendiri. Apa yang perlu ialah kebangkitan semula yang perlu dilakukan dalam konteks menyuburkan minda yang sejahtera, memperkasakan jiwa keimanan dan menyusun langkah atur yang sewajarnya”, tambahan beliau. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan