Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bunga Mas 5 Boleh Dipertimbang Jadi Platform ‘Sea Basing’

bunga mas

KUALA LUMPUR: Penggunaan Kapal Auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 5 (BM 5), boleh dipertimbang untuk dijadikan platform ‘Sea Basing’ di Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom), kata Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata ini kerana keupayaan BM 5 yang boleh bergerak, efektif dan mudah dikendali.

“BM 5 boleh ditugaskan untuk menjadi platform ‘Sea Basing’ yang dapat menempatkan aset-aset angkatan tentera laut sebagai cegah lintang.

“Ada helikopter atas BM 5 yang akan bertindak sebagai ‘force multiply’, jarak kawal lebih meluas, pengawasan lebih dan pintasan yang lebih pantas,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Komander US Pacific Fleet (COMPACFLT) Admiral Harry B.Harris JR di sini hari ini.

Abdul Aziz bagaimanapun bersetuju dengan keputusan kerajaan menjadikan pelantar minyak yang tidak digunakan sebagai platform pengawasan untuk jangka panjang.

Beliau berkata pelantar minyak itu akan dilengkapi kemudahan bot pemintas dengan keupayaan staf pengawasan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini berkata sistem ‘Sea-Basing’ merupakan penempatan aset ketenteraan di tengah lautan dan berkeupayaan memudahkan bantuan keselamatan disalur lebih cepat di perairan Sabah.

Petronas juga memberi komitmen untuk menyediakan pelantar berhubung cadangan pelaksanaan sistem itu.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata kunjungan Harry ke Malaysia ialah untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Tentera Laut Amerika Syarikat dan TLDM.

Beliau berkata selain bertukar pandangan dan maklumat berkaitan isu keselamatan serantau, isu ketenteraan maritim dua hala turut dibincangkan.

Kunjungan itu juga merupakan satu konsep ‘welcome aboard’ yang diamal tentera laut di seluruh dunia dalam mempertingkat persefahaman dengan negara lain.

Komen


Berita Berkaitan