Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bung Mokhtar cadang tembak pengedar dadah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Raden mengejutkan Dewan Rakyat apabila mencadangkan kerajaan meniru pendekatan Filipina iaitu menembak pengedar dadah bagi menangani masalah dadah di negara ini.

“Masalah dadah ini, negara kita sudah menjadi seperti pusat pengeluaran dadah. Di Filipina apabila (Presiden Rodrigo) Duterte masuk, sekarang Filipina boleh dikatakan sebagai ‘sifar dadah’.

“Kenapa kita tidak boleh ikut cara Filipina. Kalau dia penagih kita penjara sahaja tanpa dakwa di mahkamah, kalau pengedar, kita tembak dia,” katanya ketika mencelah ucapan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) ketika membahaskan Bajet 2018 peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Bung Mokhtar mendakwa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal berperanan menangani masalah dadah di negara ini.

“Saya lihat AADK gagal menjalankan amanahnya kerana makin tahun, makin hari, semakin banyak kes dadah. Saya cadang AADK ini bubarkan sahaja.

“Buang duit rakyat dan duit kerajaan. Kaunseling juga tidak berkesan. Rakyat menunggu hasilnya tetapi tidak ada hasil, mesyuarat juga tidak ada hasil,” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan