Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bumbung runtuh, pemain badminton negara nyaris maut

Kuala Lumpur: Berpantang maut sebelum ajal, itulah yang boleh disimpulkan kepada pemain

badminton negara yang sedang beraksi di Grand Prix Terbuka Vietnam apabila bumbung

Kompleks Sukan Phan Dinh Phung di Ho Chi Minh runtuh kelmarin.

Pemain negara bukan saja berjaya mengelak daripada sebarang kecelakaan malah bebas

kecederaan tatkala ada di antara mereka akan beraksi di Sukan Asia 2014 Incheon yang bermula

19 September ini.

Ketika kejadian pemain negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Goh Soon Huat, Yang Li Lian,

Lim Chiew Sien dan Lim Yin Fu berada di stadium itu pada pukul 7.15 malam untuk aksi

pusingan pertama.

Menurut Iskandar, sebaik saja bumbung itu runtuh dan serpihannya memenuhi gelanggang, dia

terus berlari untuk menyelamatkan diri bagi mengelak sebarang kecederaan yang tidak diingini.

“Penonton di stadium menjerit memberi amaran kepada pemain dan pegawai pertandingan untuk

keluar dari gelanggang,” katanya yang akan beraksi di Sukan Asia 2014 Incheon.

Jelasnya, sepanjang karier itulah pertama kali dia menyaksikan kejadian sedemikian.

“Kami sangat bernasib baik kerana sebelum siling bumbung itu menyembah bumi terdengar satu

bunyi yang kuat dan salah satu gelanggang penuh dengan debu serpihan.

Petanda bahawa akan berlaku runtuhan adalah debu mula bertaburan di atas gelanggang dan

semalam kejohanan itu dipindahkan ke Kompleks Sukan Tan Binh.

Iskandar Zulkarnain berjaya memenangi perlawanan pusingan pertama dengan menumpaskan

Yang Chih Hsun (Taiwan) 21-14, 19-21, 21-18, manakala Mohamad Arif Abdul Latif pula mara

ke pusingan ketiga mengalahkan Yang Chih Chieh 21-17, 10-21, 21-16.

Turut mara ke pusingan kedua, Zulfadli Zulkiffli yang mengalahkan pemain Thailand, Khosit

Phetpradab 20-22, 21-15, 21-19, manakala Goh Soon Huat pula kecundang apabila tewas kepada

H. S. Prannoy dari India, 22-25, 15-21.

Komen


Berita Berkaitan