Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bumbung pintu masuk KK Times Square runtuh

IMG-20150202-WA0013

KOTA KINABALU – Bumbung pintu masuk utama pusat membeli-belah KK Times Square (gambar atas) di sini runtuh pagi tadi mengakibatkan beberapa orang pekerja binaan mengalami kecederaan termasuk seorang parah.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 11.10 pagi tadi.

“Kejadian itu berlaku semasa pekerja terbabit sedang menaikkan struktur bumbung kanopi pusat membeli belah berkenaan,” kata jurucakap Bomba ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra berkata polis akan menjalankan siasatan bagi mencari punca sebenar kejadian tersebut. – oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

CEDERA…. Pekerja binaan yang cedera diberi rawatan awal sementara menunggu pasukan paramedik tiba di lokasi kejadian.
CEDERA…. Pekerja binaan yang cedera dibantu oleh rakan  sekerja lain sementara menunggu pasukan paramedik tiba di lokasi kejadian.

Komen


Berita Berkaitan