Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bulan Ramadan dapat mempersatukan umat Islam – Najib

najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, bulan Ramadan dapat mempersatukan umat Islam dalam satu agenda ibadah yang murni.

“Semangat kesatuan inilah yang seharusnya kita manfaatkan dalam memperteguhkan hubungan dengan Allah SWT, hubungan silaturrahim dengan anggota keluarga khasnya dan masyarakat amnya.

“Impian kita bagi menjadikan Malaysia sebuah negara Islam moden yang progresif serta berstatus negara maju, kita kekalkan komitmen ini dengan penuh kepasrahan kepada Allah SWT,” katanya dalam perutusan bulan Ramadan 1435 Hijrah yang dimuatkan dalam laman sesawang http://www.1malaysia.com.my.

Perdana Menteri berkata, oleh itu, sebagaimana Sahifah Madinah menjadi pengikat dan penyatu kepada warga majmuk Kota Madinah dahulu, maka beliau menyeru seluruh rakyat tanpa mengira kaum, bahasa dan agama agar menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai penyatu dan pemandu keharmonian bernegara.

“Ramadan adalah bulan kesabaran dan ketenangan. Bulan yang dipenuhi keberkatan dan keampunan dari Allah SWT. Semoga rahmat Ramadan yang hadir ini menjadi pemangkin perpaduan dan kemakmuran bagi meneruskan misi transformasi negara,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, di samping umat Islam mengisi dan menghiasi Ramadan ini dengan ibadah puasa, tilawah al-Quran, bersedekah, berziarah, beriktikaf, saling menjamu iftar dan bertarawih, janganlah lupa untuk mengambil peluang ini untuk saling mendoakan kebaikan.

Komen


Berita Berkaitan