Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bulan Ramadan bukan penghalang untuk memartabatkan sukan tanah air

Tawfiq (tengah) mengambil gambar bersama para atlet Sukma.-Gambar Oleh Alex Mairin
Tawfiq (tengah) mengambil gambar bersama para atlet Sukma.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: “Jangan sia-siakan usaha yang telah lama dibuat kerana hanya usaha berganda dan luar biasa akan membuahkan hasil yang cemerlang.”

Demikian ungkapan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Hj. Tawfiq Abu Bakar Titingan ketika berucap sempena majlis iftar atlet Sukma kontinjen Sabah di Kompleks Sukan Likas, hari ini.

“Perancangan strategi perlawanan akan lebih membantu meningkatkan keyakinan diri dan saya percaya sepanjang kem, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai strategi dan hanya bergantung kepada atlet untuk memanfaatkannya,”katanya.

Tawfiq turut menyatakan bahawa, bulan ramadan tidak menjadi halangan untuk terus memartabatkan sukan tanah air.

“Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan merupakan bulan yang tidak semestinya menjadikan kita sebagai insan yang lemah.”

“Tunjukkan bahawa atlet Sabah adalah hebat dan boleh bersaing di arena pertandingan dengan menonjolkan kebolehan masing-masing,”katanya.

Terdapat 7 pasukan dengan jumlah keseluruhan 114 orang atlet yang sedang giat menjalani latihan pusat sebagai persiapan menghadapi SUKMA dan Sabah menyasarkan sebanyak 40 emas sempena kejohanan berkenaan. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Tawfiq menyampaikan insentif hari raya kepada salah seorang atlet sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Tawfiq menyampaikan insentif hari raya kepada salah seorang atlet sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan