Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bulan Pemakanan Malaysia 2016 peringkat Negeri Sabah

10:25pm 23/04/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 37 views Tempatan

PENAMPANG-Bulan Pemakanan Malaysia 2016 peringkat Negeri Sabah telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Christina Rundi di Pusat Kesihatan Penampang disini, hari ini.

“…krisis penyakit kronik disebabkan pemakanan atau Non-Communicable Disease (NCD) telah berlaku secara mendadak di Malaysia… Risiko penyakit seperti obesiti, diabetes, hypercholesterolemia atau tingginya kolesterol dalam darah adalah penyumbang kepada pnyakit dan kematian.” Christina berkata dalam ucapan perasmiannya

Menurutnya lagi, Laporan Kesihatan Malaysia menunjukkan sebanyak 73% kematian adalah berpunca daripada penyakit-penyakit NCD dan 37% daripada jumlah tersbut merupakan golongan individu berusia kurang daripada umur 60 tahun.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan pengukuhan program untuk mempromosikan amalan pemakanan sihat khusunya bagi mengawal dan mencegah obesity seperti penjualan makanan sihat di sekolah, Program Kafeteria Sihat, Program “Bersih, Selamat dan Sihat” (BeSS) dan pengenalan aplikasi pintar “My Nutrisi Diary”.

d4c714bf-8077-45c5-917b-60ee125d599d

Sementara itu, selaras dengan pelancaran Bulan Pemakanan Malaysia 2016 Peringkat Negeri Sabah tersebut, sebuah Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sabah Cawangan Penampang turut dirasmikan sebagai salah satu program yang mempromosikan pemakanan sihat dalam kalangan masyarakat.-Syafathin M.Y./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan