Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Buku Panduan’ Ajar Pengganas Sertai Masyarakat

11:04am 16/01/2016 Pak Roshan 440 views Jenayah,Mutakhir

pengganas

PETALING JAYA – Pengganas Negara Islam (IS) biasanya digambarkan dengan imej berjanggut dan berjubah hitam.

Namun tanggapan itu kini salah.

Tanpa disedari mungkin lelaki muda yang tersenyum dengan memakai seluar jeans, kemeja-T dan topi di sebelah anda adalah pengebom berani mati.

Berdasarkan ‘buku panduan’ untuk menjadi seorang penyerang, kumpulan pengganas menyenaraikan beberapa langkah mengenai bagaimana mereka boleh menyembunyikan diri tanpa disedari di kalangan masyarakat sebelum melancarkan serangan.

Ia adalah panduan yang menakutkan namun buku panduan ini memberitahu pengganas individu supaya mereka harus berpakaian dan mengamalkan gaya hidup yang sama dengan orang lain di khalayak ramai.

Untuk rekod penyerang berani mati di Jakarta baru-baru ini membuktikan buku panduan itu digunapakai.

Mereka kelihatan biasa sehingga mereka mula melepaskan tembakan.

Malah tempoh masa yang sesuai untuk kumpulan penyerang berada dalam kelompok orang ramai juga dinyatakan dalam buku panduan yang tersebar di Internat bulan ini.

Seorang pakar pengganas tempatan, Ahmad El-Muhammady mengakui dia sudah melihat buku panduan itu malah mengetahui bahawa buku yang sama dalam bahasa Indonesia sebulan sebelum serangan di Jakarta.

Seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata beliau telah menemubual anggota militan untuk kajiannya.

Beliau berkata, mereka mempunyai akses kepada manual yang mengajar cara-cara untuk mengelakkan pengesanan, membuat bahan letupan dan melancarkan serangan pelancaran kejutan.

Buku panduan terkini yang mengandungi 62 halaman dalam fail PDF itu dipercayai berdasarkan ceramah oleh seorang ketua perisikan kanan al-Qaeda tetapi boleh digunakan oleh anggota IS dan militan lain.

Kuliah dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh pengarang buku panduan berkenaan. – mStar Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan