Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Buku “Land Below The Wind” Jadikan Sabah Terkenal Di Mata Dunia

lbtw

SANDAKAN : Buku “Land Below The Wind” karya Agnes Newton Keith pada tahun 1939 telah menjadikan Sabah terkenal di mata dunia.

Kurator Muzium Wilayah Pantai Timur Juanis Ogak berkata keistimewaan dan keunikan penduduk pribumi Sabah khususnya di Sandakan yang mempunyai adat resam serta budaya sopan santun memberi idea kepada penulis dari Amerika Syarikat itu untuk menulis sebuah buku.

Penulis itu tiba di Sandakan pada 1934 mengikuti suaminya, Henry George Keith yang bekerja sebagai seorang pegawai Konservasi Hutan.

“Kita berikan penghormatan dan peringatan berserta tanda terima kasih kerana daya usaha beliau yang menjadikan Sandakan dan Sabah lebih dikenali di serata dunia,” katanya pada Majlis Perasmian Hari Agnes Keith Ke-114 tahun bersempena Festival Sandakan yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Muzium Sabah Sintiong Gelet di sini, Isnin.

Juanis berkata pelbagai aktiviti diadakan bagi merai dan memperingati Hari Agnes Keith antaranya pertandingan melukis dan mewarna bagi kanak-kanak sekolah rendah, mencari harta karun, kuiz dan sukan rakyat, gerai jualan kraftangan dan makanan tradisional.

Beliau berkata terdapat beberapa penyertaan dari warga Sandakan dalam pembuatan seni kraftangan bagi tujuan menarik minat penduduk tempatan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan