Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Buku Jalanan Ranau ke-10 bersama Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, esok

1:31pm 03/03/2017 Leolerry Lajius 33 views Tempatan
RANAU : Orang ramai dijemput bagi memeriahkan Buku Jalanan Ranau (BJR) Ke-10 bersama  tetamu kehormat dan perasmi Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun pada 4 Mac (Sabtu) ini, jam 9 pagi di Taman Awam bersebelahan dengan CIMB Bank (di antara CIMB dan persinggahan bas Sandakan). 
Pada kali ini, para hadirin berpeluang meluangkan masa dan berkongsi ilmu bersama beliau. Apa yang lebih menarik, Masidi turut membentangkan buku kegemarannya yang banyak mempengaruhi sikap keperibadian serta pengamalannya pada hari tersebut. Moderator pada acara ini diketuai oleh Syukri Saridih.
Pengunjung turut dialu-alukan membawa buku masing-masing bagi membentangkan isi kandungan buku untuk ‘membedah’ bersama-sama. Genre buku dibentangkan adalah bebas. /SayangSabah

Acara program berkenaan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan