Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,806

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Buku Diari G.C Woolley Vollume 2 dilancarkan

11:02am 16/07/2016 Leolerry Lajius 44 views Tempatan
Masidi (dua dari kanan) ketika melancarkan buku berkenaan.

Masidi (tiga dari kanan) ketika melancarkan buku berkenaan.

KOTA KINABALU: Orang ramai kini boleh memiliki buku Diari G.C Woolley Vollume 2 : 1907-1913 selepas perasmian pelancaran buku itu diadakan di Muzium Sabah, kelmarin.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, buku-buku yang berunsur sejarah amat dialu-alukan kerana ia merupakan ilmu yang amat berharga.

“Jajahan kolonial dulu meninggalkan sistem yang terbaik kepada negeri kita khususnya dalam perundangan, pendidikan dan kokurikulum dan saya boleh katakan bahawa koleksi gambar oleh Woolley adalah yang terbanyak di dunia yang mana gambar-gambar itu dapat menceritakan bagaimana keadaan pada waktu dahulu dan sekarang,”katanya.

Masidi juga berharap buku yang diterbitkan itu akan dapat diperluaskan ke peringkat sekolah untuk pengetahuan para murid-murid dan pelajar.
“Sebagai contohnya, jilid kedua buku ini perlulah di sampaikan di sekolah-sekolah Sipitang memandangkan diari ini secara khususnya menunjukkan keadaan Sipitang pada ketika dahulu.”

“Saya difahamkan jilid ketiga diari Woolley tertumpu di Daerah Kota Belud dan adalah baik sekiranya pelancarannya diadakan di kawasan itu,”katanya.

Buku itu yang dijual dengan harga RM150 setiap satu setebal 479 muka surat. Buku itu menceritakan koleksi-koleksi gambar Woolley sejak beliau tiba di Borneo Utara (Sabah) pada Jun 1901./Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan