Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Buku ‘A Taxonomic Guide to the Stick Insects of Borneo’ dilancarkan

3:24pm 18/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 16 views Tempatan
Chong (tengah) melihat isi kandungan bikin tersebut dan disalurkan oleh Francis (kiri) dan Chan (kanan)

Chong (tengah) melihat isi kandungan bikin tersebut dan disalurkan oleh Francis (kiri) dan Chan (kanan)

KOTA KINABALU- Sebuah buku bertajuk ‘ A Taxonomic Guide to the Stick Insects of Borneo’ dilancarkan di Hotel Hyatt Regency, disini, hari ini.

Pelancaran buku setebal 468 halaman itu disempurnakan oleh Mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat.

Buku tersebut memaparkan 15 jenis genera dan 52 spesis Serangga Batang (Stick Insect) terdapat di Borneo yang tidak pernah direkod secara saintifik sebelum ini.

Diantaranya, Sabahphasma, Labanphasma, Channia, Calvisia Sammannai, Phobaeticus Monicachiae dan Neoclides Rimiae.

Menurut penulis buku itu, Dr Francis Seow- Choen, terdapat banyak serangga di Borneo ini, dimana nama mahupun habitat tidak diketahui oleh orang ramai.

” Disini terdapat banyak hutan dan serangga yang belum diterokai. Oleh yang demikian, kita perlu memulakan penyelidikan, menerangkan spesies- spesies serangga yang ada agar orang ramai dapat memahami dan mengenali setiap spesis serangga itu dengan lebih baik,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Urusan Natural History Publication (Borneo), Datuk C.L. Chan. – Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan