Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BUKAN UNSUR JENAYAH: CP

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din (tengah) menyaksikan penyerahan Tongkat Kuasa diantara Asisten Komisioner M. Chandra (kiri) dengan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu yang baru, Asisten Komisioner Habibi Majinji pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu di Dewan Kita, IPD Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Kota Kinabalu: Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) menafikan dua insiden kebakaran yang berlaku termasuk di perkampungan atas air di Semporna semalam, berunsurkan jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din memberitahu, kebakaran tersebut dipercayai berlaku disebabkan aktiviti penduduk di kawasan terbabit.

“Saya dimaklumkan semalam bahawa kebakaran di Semporna itu adalah akibat pembakaran sampah.

“Kebakaran besar ini menjadi viral kerana ia telah tular di media sosial dan netizan mendakwa ia mempunyai unsur jenayah,” katanya dalam sidang di sini pagi tadi.

Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Serah – Terima Tugas Ketua Polis Daerah, Kota Kinabalu di Dewan Kita.

Dalam majlis itu, bekas Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra bertukar sebagai Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Ibu pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Menggantikan beliau itu adalah Asisten Komisioner, Habibi Majinji, bekas Penolong Pengarah Kanan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) (Kesejahteraan /Organisasi) Bukit Aman.

Semalam, kira-kira 300 buah rumah di Jalan Perkampungan Air di Semporna musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kebakaran itu mengakibatkan seramai 2,000 penduduk kehilangan harta benda dan mangsa kini di tempat di pusat pemindahan sementara di Dewan Belia Semporna.

Pada 24 Julai lalu pula, sebanyak 150 buah rumah di Kampung Cenderamata Dua Likas terbakar dalam kejadian itu.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan