Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

“Bukan Mukhriz Vs Najib”

10:30am 22/01/2016 Pak Roshan 1000 views Mutakhir,Politik

mukhriz-najib

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kaitan dengan krisis dalaman Umno Kedah membabitkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin sebaliknya menjelaskan bahawa gesaan supaya Mukhriz berundur sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah dibuat tanpa campur tangan Najib.

“Saya nak jelaskan kepada semua, ini bukan soal Mukhriz Vs Najib. Tak timbul isu antara mereka berdua.

“Sebaliknya ini soal negeri, kepimpinan Umno negeri yang buat keputusan. Ini adalah penolakan daripada Umno Kedah terhadap Datuk Seri Mukhriz,” katanya kepada mStar Online di sini.

Pada Rabu, Mukhriz menerima kejutan apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Umno Kedah serta beberapa pemimpin kanan Umno negeri menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya.

Susulan itu timbul spekulasi kononnya tindakan mengejut Umno Kedah itu ada kaitan dengan percubaan terbuka bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menumbangkan Najib sebagai perdana menteri.

Pada April tahun lalu, Mukhriz telah didesak oleh penyokong setia Najib supaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada Presiden Umno itu.

Mengulas lanjut mengenai situasi terkini di Kedah, Shaiful Hazizy menggesa supaya Mukhriz segera akur dengan gesaan Umno negeri agar beliau berundur.

“Kami harap Mukhriz jangan panjangkan isu ini. Lebih baik berundur dengan baik. Jangan cetuskan situasi tidak aman di Kedah, tak perlu anjurkan pelbagai perhimpunan bagi meraih sokongan.

“Umno Kedah sudah bersuara dan beliau sepatutnya faham demi kepentingan parti,” katanya. – mStar Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan