Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bukan mudah untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang

5:33pm 16/11/2016 Leolerry Lajius 22 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan
Ng Kian Chuong  menerima Anugerah Pingat Emas, yang disampaikan oleh Masidi.

Ng Kian Chuong menerima Anugerah Pingat Emas, yang disampaikan oleh Masidi.

KOTA KINABALU: “Bukan mudah untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang”

Demikian ungkapan Ng Kian Chuong yang merupakan penerima anugerah Pingat Emas dan Ketua Eksekutif sempena Majlis Konvokesyen Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) yang ke-21 ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaan.

Dilahirkan pada 26 Mei 1993 dan merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik, Ng Kian Chuong telah memilih Program Diploma Teknologi Binaan di KTYS dan berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan PNGK terakhir 3.96.

Beliau menyifatkan, untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang ia bukan mudah apatah lagi di zaman yang serba mencabar ini.

“Kita adalah bakal pemimpin yang akan mewarisi tampuk kepimpinan negara ini, justeru kecemerlangan dalam aspek akademik, rohani, agama dan sahsiah haruslah dititikberatkan,”katanya.

Beliau yang telah bekerja di Syarikat Golden Green Enterprise, turut mengucapkan penghargaan kepada tenaga pengajar kerana telah membimbing dan mendidik beliau serta rakan seperjuangan sehingga mendapat ilmu yang amat berharga.

“Tenaga pengajar telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk mendidik dan melahirkan mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi insan yang berguna.”

“Tanpa ilmu kita akan tenggelam namun dengan dengan adanya KTYS ia telah menjadi penyelamat kepada kita dan menjadikan kita insan yang berilmu,”katanya.

Penerima anugerah Pingat Emas merupakan pelajar terbaik di akhir kursus pengajian dan pelajar tersebut juga harus mencapai status cemerlang dengan PNGK 3.7 ke atas pada majlis konvokesyen dan memperolehi status akademik yang tertinggi di kalangan garduan cemerlang dalam bidang pengajian diploma akademik.

Penerima Anugerah Ketua Eksekutif pula dianugerahkan kepada pelajar yang memperolehi status akademik cemerlang PNGK 3.7 ke atas selama enam semester berturut-turut dalam bidang pengajian diploma akademik.

Mohd Khairul Bin Ibrahim  menerima Anugerah Ketua Eksekutif yang disampaikan oleh Masidi.

Mohd Khairul Bin Ibrahim menerima Anugerah Ketua Eksekutif yang disampaikan oleh Masidi.

Sempena majlis berkenaan seramai tiga orang graduan turut dianugerahkan Anugerah Ketua Eksekutif iaitu, Hery Frvino Sualih yang telah memilih Program Diploma Teknologi Automotif dengan PNGK terakhir 3.89, Mohd Khairul Bin Ibrahim yang mengambil Program Diploma Teknologi Elektrik dan Christwelvia Welson yang mengambil Program Diploma Pengurusan Perniagaan.

Hery Frvino Sualih,  menerima Anugerah Ketua Eksekutif yang disampaikan oleh Masidi.

Hery Frvino Sualih, menerima Anugerah Ketua Eksekutif yang disampaikan oleh Masidi.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Christwelvia Welson  menerima Anugerah Ketua Eksekutif yang disampaikan oleh Masidi.

Christwelvia Welson menerima Anugerah Ketua Eksekutif yang disampaikan oleh Masidi.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan