Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bukan mahu jadi kerajaan popular

Rosnah Abdul Rashid Shirlin (tengah) serta pemimpin akar umbi di kampung tersebut menunjukkan isyarat bagus selepas merasmikan papan tanda kampung tersebut.
Rosnah Abdul Rashid Shirlin (tengah) serta pemimpin akar umbi di kampung tersebut menunjukkan isyarat bagus selepas merasmikan papan tanda kampung tersebut.

PAPAR – Barisan Nasional (BN) mahu menjadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan bukan hanya kerajaan yang popular semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bahawa ia merupakan prinsip perjuangan pemimpin dan kerajaan BN yang mendahulukan kepentingan rakyat.

Menurut beliau, cara kepimpinan itu membolehkan rakyat terus terbela, sekaligus menunjukkan sokongan kepada kerajaan semakin meningkat di saat kumpulan pembangkang cuba menggugat kekuatan parti terutamanya di peringkat akar umbi.

“Rakyat tidak semudah itu untuk dipengaruhi memandangkan mereka sudah matang dapat menilai parti yang mampu membela nasib mereka dan bukan seperti pembangkang hanya tahu bercakap tetapi sebenarnya kosong belaka” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan perasmian dewan baharu Kampung Santing, Pengalat Besar Papar, di sini hari ini.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, kerajaan juga komited melaksanakan pelbagai projek pembangunan insfrastruktur seperti pembinaan jalan raya, bekalan api, air dan kemudahan asas yang lain demi untuk kesejahteraan rakyat.

Katanya, keikhlasan kerajaan wajar dihargai semua lapisan tatkala terus dilempar dengan pelbagai dakyah dan tohmahan mengelirukan, namun tetap memperjuangkan masa hadapan rakyat tanpa mengira fahaman politik masing-masing. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan