Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bukan kes samun tapi masalah peribadi dengan bekas kekasih

5:28pm 26/07/2016 Leolerry Lajius 2037 views Jenayah,Tempatan
Kenyataan salah seorang pengguna laman sosial berhubung kes berkenaan.

Kenyataan salah seorang pengguna laman sosial berhubung kes berkenaan.

KOTA KINABALU: Pihak polis menafikan berlakunya kes samun seperti yang diviralkan kononnya dua orang wanita telah disamun dan dicederakan di sebuah apartment di University Utama Condominium, Telipok, di sini.

Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra berkata, hasil siasatan mendapati kes ini bukanlah kes samun tetapi berpunca daripada masalah peribadi antara suspek yang juga bekas teman lelaki mangsa.

“Tiada barang yang hilang dalam kejadian berkenaan dan mengikut siasatan, mangsa mengenali suspek dan usaha untuk mengesan suspek sedang dijalankan,”katanya.

Chandra juga menyeru masyarakat agar tidak menyebarkan info yang tidak benar dan memastikan kesahihan maklumat terlebih dahulu sebelum disebarkan.

“Pihak polis akan memanggil dan mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan fakta kes yang tidak benar kerana boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat,”katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan