Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bukan kerana angin kencang

10:08am 19/08/2016 Pak Roshan 7 views Global
GAMBAR menunjukkan petugas menggulung dan menjahit kain putih pada kelambu Kaabah sebagai cara untuk mengelaknya daripada digunting oleh sesetengah jemaah. - Brunei Islam

GAMBAR menunjukkan petugas menggulung dan menjahit kain putih pada kelambu Kaabah sebagai cara untuk mengelaknya daripada digunting oleh sesetengah jemaah. – Brunei Islam

Jeddah: Biro Siasatan dan Pendakwaan Awam (BIP) semalam menolak sebarang motif jenayah di sebalik kejadian kren tumbang di Masjidilharam September tahun lalu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 107 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera.

Menurut sumber mahkamah di Jeddah, biro berkenaan juga menolak dakwaan angin kencang dan ribut petir sebagai punca utama kren seberat 1,300 tan itu tumbang.

Sumber itu berkata, BIP bagaimanapun percaya kren berkenaan berada di kedudukan yang salah ketika angin kencang selaju lebih 80 kilometer sejam membadai kawasan berkenaan.

“Kedudukan kren itu bertentangan dengan arahan seperti yang terkandung dalam manual operasi syarikat yang membuatnya,” kata biro itu.

Sementara itu, biro berkenaan meminta perbicaraan berasingan terhadap seorang pekerja warga asing yang terbabit dalam kemalangan itu, tetapi sudah meninggalkan Arab Saudi.

Ia meminta pihak berkuasa berkenaan membawanya kembali ke negara itu untuk dibicarakan.

Menurut laporan Kementerian Kewangan, seorang jurutera Mesir yang bertanggungawab mengendalikan kren itu enggan melayani arahan supaya kren itu diturunkan kerana ia tidak digunakan lagi sejak 10 bulan sebelum hari kejadian. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan