Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bukan halangan

1:02pm 09/07/2016 Pak Roshan 222 views Global
GAMBAR menunjukkan pelajar berkenaan mencangkung di atas kerusi selepas bilik asramanya dinaiki air.

GAMBAR menunjukkan pelajar berkenaan mencangkung di atas kerusi selepas bilik asramanya dinaiki air.

Wuhan: Seorang pelajar cemerlang di China membuktikan tiada halangan untuk berjaya apabila dirakam tekun mengulang kaji pelajaran walaupun asramanya hampir tenggelam akibat banjir.

Pelajar kejuruteraan dari Universiti Teknologi Wuhan itu menerima pujian pengguna laman sosial apabila gambarnya tekun membaca buku di dalam bilik yang dinaiki air viral di Internet.

Gambar berkenaan dirakam rakan sebiliknya yang menunjukkan tumpuan pelajar berkenaan langsung tidak terganggu walaupun biliknya bertukar menjadi ‘kolam renang.’

Rakannya mendedahkan, pelajar itu bangun awal dan terus mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan pada keesokannya.

“Dia akan menduduki peperiksaan subjek Prinsip Mekanikal, antara kertas paling sukar. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan