Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bukan berpunca daripada gempa bumi

Jalan yang merekah dan terbelah di Jalan FELDA Sahabat 16, Lahad Datu. FOTO ihsan pembaca
Jalan yang merekah dan terbelah di Jalan FELDA Sahabat 16, Lahad Datu. FOTO ihsan pembaca

Lahad Datu: Kejadian jalan merekah dan terbelah di Jalan FELDA Sahabat 16 di sini, semalam bukan disebabkan oleh gempa bumi, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada tanah mendap berikutan hujan lebat di daerah ini, termasuk di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu

“Kejadian itu berlaku pada pagi semalam dan ia bukan kerana gempa bumi seperti viral di media sosial. Kerja pembaikan jalan terbabit kini giat dijalankan oleh pihak yang berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah membina laluan alternatif di bahu jalan berkenaan untuk kemudahan pengguna.

Lokasi kejadian terletak lebih 100 kilometer dari bandar ini. – myMetro Online

jalan jalan jalan jalan

Komen


Berita Berkaitan