Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Buka kedai ‘Office Hours’ tapi banyak ‘complain’

4:43pm 09/03/2017 Leolerry Lajius 1605 views Kota Kinabalu,Tempatan

Yakub (dua dari kanan) menyampaikan cek kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh Baharom (kiri).

KOTA KINABALU: Hampir 50 ribu usahawan bakal mendapat manfaat daripada peruntukan sebanyak RM500 juta yang akan disediakan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga  (TEKUN), tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional Datuk Baharom Embi berkata, RM300 juta daripada peruntukan itu adalah bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani manakala RM200 juta selebihnya adalah dana daripada bayaran balik daripada usahawan yang meminjam daripada TEKUN.

“Daripada dana RM500 juta berkenaan, kita sasarkan hampir 50 ribu usahawan yang akan mendapat manfaat.”

“Kita belum mendapat dana ini namun kita akan memperolehi dana ini dalam masa yang terdekat,”katanya kepada media ketika ditemui sempena Program Ramah Mesra bersama Usahawan Tekun Cawangan Sepanggar, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan, usaha untuk membantu usahawan baru juga akan dilaksanakan melalui penganjuran program-program keusahawan yang akan mendedahkan usahawan baru mengenai langkah melibatkan diri sebagai usahawan.

Baharom turut memuji inisiatif peminjam TEKUN di negeri ini kerana menunjukkan komitmen yang terbaik dalam aspek pembayaran balik pinjaman.

“Saya amat berpuas hati dengan komitmen peminjam TEKUN di negeri ini kerana antara semua negeri, peminjam di Sabah yang menunjukkan komitmen yang terbaik dalam aspek pembayaran balik pinjaman.”

“Pihak TEKUN juga akan bakal melancarkan satu aplikasi yang akan memberikan kemudahan kepada usahawan untuk menyemak baki bayaran serta membuat pembayaran bagi memudahkan para usahawan,”katanya sambil menambah aplikasi ini akan dilancarkan pada bulan ini atau bulan hadapan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional Datuk Hj. Yakub Khan berkata, para usahawan perlu sentiasa berdaya saing dan sentiasa memberikan komitmen dalam perniagaan mereka.

“Kita lihat peniaga-peniaga Pakistan dan India mereka mampu membuka kedai mereka selama 24 jam tetapi kita? Sudahlah buka kedai ‘Office Hour’ tetapi banyak ‘complain’ dan dengki apabila perniagaan orang lain lebih maju,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaan.

Sempena majlis berkenaan TEKUN turut menyampaikan cek pembiayaan sebanyak RM131 ribu kepada seramai 12 orang usahawan.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Baharom dan Yakub (tengah) mengambil gambar bersama usahawan yang hadir sempena majlis berkenaan.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan