Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Budayakan sikap membantu orang kurang berkemampuan

1:37pm 30/06/2016 Leolerry Lajius 24 views Tempatan
Adun Lahad Datu, Datuk Yusuf Apdal menyampaikan sumbangan kepada para penerima sambil diperhatikan oleh Mizma.

Adun Lahad Datu, Datuk Yusuf Apdal menyampaikan sumbangan kepada para penerima sambil diperhatikan oleh Mizma.

Lahad Datu : Semua pihak diminta menjadikan aktiviti membantu golongan tidak bernasib baik sepanjang bulan Ramadan ini sebagai budaya sepanjang tahun.

Ketua Wanita UMNO Silam, Mizma Appedullah berkata, amalan seperti itu tidak wajar cuma diadakan pada bulan Ramadan sahaja.

Menurut beliau, ini kerana golongan tidak bernasib baik seperti keluarga daif dan miskin, ibu tunggal serta anak-anak yatim memerlukan pembelaan sepanjang masa.

”Kita sememangnya gembira dengan budaya beramal dengan penganjuran begitu banyak program bagi menyalur bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik.

”Namun, pada masa yang sama, kita amat berharap golongan ini dapat dibela dan diberi perhatian sepanjang masa, tidaklah terhad pada bulan Ramadan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Karisma Ramadhan anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Silam. Seramai 100 orang menerima sumbangan. Majlis perasmian disempurnakan oleh Adun Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal.

Mizma berkata, budaya memberi bantuan kepada golongan tidak bernasib baik itu sebenarnya merupakan satu budaya yang cukup unik di negara ini.

”Ia jelas menunjukkan bukan sahaja kerajaan, tetapi juga badan-badan korporat dan pertubuhan mempunyai semangat bantu-membantu yang cukup tinggi.

”Tidak banyak negara yang mempunyai budaya seperti ini dan kita perlu meneruskannya sebagai salah satu tanggungjawab bersama,” katanya.

Menurut Mizma, sumbangan seumpama itu merupakan amalan yang dituntut oleh semua agama tanpa mengira kaum, kepercayaan, darjat dan tempat tinggal seseorang tersebut.

”Menjadi kewajipan semua pihak membantu mereka yang miskin dan dalam kemelut kesusahan ketika menghadapi hari perayaan dan persekolahan di samping berhadapan dengan kenaikan harga barang keperluan harian,” katanya./SayangSabah

Mizma (tengah) beramah mesra bersama penerima sumbangan.

Mizma (tengah) beramah mesra bersama penerima sumbangan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan