Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budaya kunjung-mengunjungi menyatupadu rakyat

Pang Yuk Ming (tengah) bersama beberapa tetamu yang berkunjung sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina di kedimana belia di Tawau. - foto Masani Sandan
Pang Yuk Ming (tengah) bersama beberapa tetamu yang berkunjung sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina di kedimana belia di Tawau. – foto Masani Sandan

TAWAU – Tradisi kunjung mengunjungi antara satu sama lain dalam memeriahkan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina masih lagi dijadikan budaya serta amalan dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Sehubungan itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Pang Yuk Ming mahu agar tradisi itu dikekalkan bagi menjadikannya lebih bermakna walaupun ia disambut secara sederhana.

“Sudah menjadi kelaziman tradisi kunjung mengunjung dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan tetap berjalan seperti sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka beliau, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai itu berkata, tradisi berkenaan bukan sahaja mengeratkan silaturahim tetapi juga menyatupadukan rakyat berbilang kaum, bangsa kebudayaan dan agama di negeri ini.

“Saya berharap budaya kunjung-mengunjungi pada setiap perayaan oleh rakyat berbilang kaum di negeri ini akan diteruskan tanpa mengira pangkat dan kedudukan,” ujarnya. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan