Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budaya kunjung-mengunjung eratkan perpaduan

Ceria.....Seruji bersama isteri melayan tetamu yang hadir rumah terbuka beliau di Likas.
Ceria…..Seruji bersama isteri melayan tetamu yang hadir rumah terbuka beliau di Likas.

KOTA KINABALU- Budaya kunjung-mengunjung yang diamalkan dalam musim perayaan perlu disemarakkan lagi bagi meningkatkan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Demikian saranan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Seruji Haji Nawawi.

Menurut Seruji, amalan yang sudah menjadi tradisi rakyat berbilang bangsa dan agama yang melambangkan semangat setia kawan dan perpaduan kukuh, sekaligus menggambarkan semangat 1 malaysia berjaya dipraktikkan oleh rakyat secara keseluruhannya.

Beliau juga mengajak rakyat di negeri ini bersatu dan berkerjasama menolak golongan tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan untuk memporak porandakan keamanan negara.

Katanya, golongan berkenaan menggunakan pelbagai kaedah untuk menjatuhkan maruah negara.

Justeru, rakyat perlu bijak menilai sumber maklumat yang diperolehi, lebih-lebih lagi zaman teknologi masa kini, maklumat tidak sahih mudah di sebarkan khususnya melibatkan isu-isu perkauman dan agama.

Seruji ditemui media sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Likas Kota Kinabalu baru-baru ini.

Sementara itu di rumah terbuka Ketua Wanita UMNO Kudat, Datuk Aminah Ambrose berkata umat Islam di Sabah menyambut Aidilfitri secara sederhana dan penuh kesyukuran dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama mengunjungi majlis rumah terbuka bagi sama-sama berkongsi kegembiraan menyambut kedatangan 1 Syawal.

Beliau berkata kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan agama ke rumah terbuka ini mengeratkan lagi silaturahim dan semangat persaudaraan sesuai konsep 1 Malaysia.

Dengan meraikan cucu baharu dan sambutan hari raya melengkap suasana keluarga mereka dengan ‘double celebration’…..hari ini ramai pula kawan-kawan semua kaum berkunjung, sama-sama meraikan hari raya aidilfitri pada tahun ini.- SayangSabah.

Melayan tetamu yang datang ke rumah terbuka beliau di Sutera Residency
Melayan tetamu yang datang ke rumah terbuka beliau di Sutera Residency

Komen


Berita Berkaitan