Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Budaya inovasi dan kreativiti sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi negara

2:21pm 07/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 41 views Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayib

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayib

KOTA KINABALU- Inovasi dan kreativiti merupakan asas utama untuk meningkatkan pengurusan pentadbiran yang lebih dinamik.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayib  berkata demikian semasa Majlis penutupan dan penyampaian hadiah Sabah Creativity and Innovation Technology Exhibition 2015 (SCINTEX’15).

Beliau berkata, pembudayaan inovasi dan kreativiti tidak boleh dihadkan kepada sesuatu kelompok masyarakat sahaja, tetapi ia perlu dihayati dan diamalkan oleh seluruh lapisan masyarakat dalam pelbagai bidang kepakaran masing- masing.  

“Kini masanya untuk kita menjadikan inovasi sebagai pelonjak utama untuk memacu ekonomi negara”, katanya.  

Menurut Jainab lagi, modal insan yang berilmu kreatif dan inovatif mempunyai tahap daya saing kerana mereka sentiasa mengambil peluang yang ada untuk menghasilkan idea yang lebih inovatif dan baik.  

“Saya berharap melalui pertandingan kemahiran seperti SCINTEX ini dapat diberi lebih perhatian agar dapat membantu proses transformasi negara” katanya lagi.  

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pengarah Jabatan tenaga Manusia, Chin Phaik Yoong, Ketua Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Muhammad Aziph Dato Mustapha, Pengarah ILP, Kota Kinabalu, Mustal Makmud dan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran wilayah Sabah, Mohd Azmi Pelah. –Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan