Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,659

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Budaya ICT Memberi Nilai Tambah Kepada Kualiti Perkhidmatan Penjawat Awam

10:12pm 16/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 29 views Isu Semasa,Tempatan,YB Datuk Siringan Gubat

Siringan melihat cara pengunaan Sistem Perkhidmatan Kerajaan Elektronik

KOTA KINABALU- Para penjawat awam digalakkan untuk memiliki kemahiran dan pengetahuan ICT yang mantap agar kualiti perkhidmatan mereka semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Menteri Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat berkata demikian semasa merasmikan Seminar ICT KPSKTM di Wisma Bandaran sempena Sambutan Bulan ICT Peringkat Negeri hari ini.

Menurut beliau pengetahuan dalam ICT sekaligus dapat memberi nilai tambah kepada kualiti perkhidmatan penjawat awam kerana pengguna hari ini mahukan perkhidmatan yang pantas, mudah dan tersedia dimana-mana sahaja.

“Pihak kementerian juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti Kreatif Arama-IT dan Virtual School Club bagi menyemarakkan lagi budaya ICT di kalangan masyarakat umum di negeri ini”, kata beliau.

Selain itu, lebih daripada 500 pejabat awam negeri ini telah menggunakan sistem rangkaian dan perkhidmatan SabahNet.

“Ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan prasarana ICT yang secukupnya kepada negeri ini”, kata Siringan.

Menurut beliau lagi, perkhidmatan SabahNet ini akan sentiasa ditadbir dan diurus dengan baik demi memastikan perkhidmatan aplikasi Kerajaan Elektronik berjalan dengan lancar.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Bruno Vun dan Timbalan Setiausaha Tetap merangkap Pengerusi Penganjur Seminar ICT KPSTM 2015, Maryo Ngasio. – Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan