Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak tertidur dalam kereta berkunci

tidur di kereta

KOTA KINABALU: Seorang ibu panik dan terkejut apabila mendapati dirinya terkunci di luar kereta dan anak lelakinya tertidur di dalam kereta.

Kejadian berlaku pada Rabu malam apabila wanita tersebut masuk ke bank untuk mengeluarkan sejumlah wang di Jalan Pantai dekat sini.

Sejurus setelah itu beliau kembali ke keretanya tetapi terkejut apabila mendapati anak lelakinya yang berusia 8 tahun tertidur di kerusi penumpang hadapan.

Usaha untuk mengejutkan anak lelakinya itu mendapat perhatian orang ramai yang turut membantu tetapi tidak berhasil.

Setelah 20 minit berlalu, budak kecil tersebut terbangun dari tidur dan terkejut apabila mendapati orang ramai mengelilingi kereta ibunya.

Dengan bantuan daripada pengawal yang ketika itu bertugas di bank berkenaan, budak tersebut menurunkan cermin tingkap kenderaan itu untuk memberi laluan kepada ibunya membuka kunci pintu.

Komen


Berita Berkaitan