Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Budak terselamat jatuh dari tingkat 15

10:41am 21/04/2016 Pak Roshan 17 views Global
GAMBAR menunjukkan balkoni rumah Qiqi dan tempat dia ditemui.

GAMBAR menunjukkan balkoni rumah Qiqi dan tempat dia ditemui.

Beijing: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun terselamat walaupun jatuh tersembam dari kediamannya di tingkat 15 sebuah pangsapuri ke aras bawah.

Ibu bapa kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Qiqi mengupah pekerja untuk menutup balkoni sepenuhnya di rumah baru itu kerana bimbangkan keselamatan anak mereka.

Malangnya, ketika kejadian pada 11 April lalu itu, Qiqi dilaporkan terjatuh ketika pekerja belum sempat memasang tingkap baru berkenaan kerana sedang membawanya naik ke unit berkenaan.

Qiqi bagaimanapun bernasib baik kerana terjatuh di atas pasu bunga di sebuah balkoni beberapa tingkat di bawah sebelum jatuh tersembam ke tanah yang kebetulan lembut akibat hujan lebat pada malam sebelumnya.

Walaupun mengalami kecederaan serius pada muka dan patah tulang, Qiqi terselamat, namun masih dalam keadaan kritikal.

Ibunya berkata: “Dia sangat bernasib baik kerana tidak terkena kaki lima yang cuma 15 sentimeter dari tempat dia terjatuh itu.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan