Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Budak terbang

RAKAMAN menunjukkan kejadian.
RAKAMAN menunjukkan kejadian.

Beijing: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun cedera selepas ‘terbang’ akibat dilambung beberapa meter di udara oleh angin pusar yang tiba-tiba melanda di sekolahnya.

Dalam kejadian itu yang sempat dirakam dan tersebar di Internet, Li Jiaqi, pelajar gred tiga di sekolah rendah di daerah Guazhou itu sedang bermain di padang bersama rakannya sebelum tiba-tiba diangkat angin seperti puting beliung kecil itu.

Kejadian itu menyebabkan kanak-kanak yang berada di atas padang terkejut dan bertempiaran menyelamatkan diri manakala pakaian, beg dan sampah-sarap berterbangan.

Li satu-satunya mangsa yang cedera selepas terjatuh beberapa meter dan dikejarkan ke hospital selepas kejadian.

Dia bagaimanapun cuma mengalami kecederaan ringan sebelum dibenarkan pulang.

Guazhou mengalami fenomena cuaca pelik sejak kebelakangan ini termasuk ribut pasir kuat yang hanya bertahan selama 10 minit. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan